Pasangan selebriti Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam, mendirikan rumah tangga pada 8 bruari 2016 dan mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata, iaitu Syeriv Samheizy, Sarima Samheizy dan Salama Samheizy.
Syatilla Melvin merupakan seorang pelakon dan pengacara wanita di Malaysia. Memulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon pada tahun 2012, bakat lakonan serta wajahnya yang jelita membuatkannya dengan cepat dikenali ramai.
Seperti yang kita ketahui, Syatilla sering memuat naik video dia bersama keluarganya di media sosial, terutamanya di laman instagram dan tiktok. Dia juga dikenali dengan perangai yang suka melawak dengan keluarganya dan itu membuatkan ramai peminat terhibur dengan telatahnya itu.
“Dia Duk Live Aku Pulak Sunyi Duk Dalam Bilik Sorang-Sorang”-Syatilla Melvin
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Syatilla Mevin yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak765 ribu, tanda suka sebanyak 33 ribu dan sebanyak 250 komen,
Di dalam video berkenaan, memaparkan Syatilla Melvin yang menunjukkan suaminya iaitu Shaheizy Sam yanng sedang melakukan live di media sosial untuk berkongsikan tips cara turun berat badan. Tambahnya lagi, Shaheizy Sam merupakan seorang yang pemalu apabila ingin melakukan live sebelum ini namun tidak lagi kini.
@samtilla82 insyaallah sayang..semoga nutrikino awak harum semerbak 1malaysia!🤍🤍 @Nutrikino HQ
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Shaheizy Sam seorang yang senang turun dan naik berat badannya itu.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.