Gelagat lucu Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sering mendapat perhatian dari netizen. Ramai yang sayang dengan bekas Raja Permaisuri Agong ini kerana sikap ramahnya yang dekat dengan rakyat membuatkan beliau lebih disayangi ramai. Walaupun Tunku Azizah telah pulang ke negeri Pahang, namun jasanya ketika menjadi Raja Permaisuri Agong masih menjadi bualan sehingga kini.
Keluarga Kerabat Pahang juga dikenali dengan sifat ‘Turun Padang’ dalam segala hal, baik Sultan, Permaisuri mahupun anak-anak baginda yang telah terdidik untuk bersama-sama dekat dengan rakyat.
“Comeyy Jer Tengok Tunku Santap Buah Tu”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @hasan_raja_buah yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 53 ribu, tanda suka sebanyak 1,229 dan sebanyak 41 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Tunku Azizah yang sedang santap buah-buahan tempatan yang diberikan kepadanya itu.
@hasan_raja_buah
Rata-rata rakyat teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa buah-buahan yang disantap oleh Tunku Azizah itu sangat enak. Tambah mereka lagi, mereka juga gemar memakan buah-buahan terutamanya buah tempatan yang terdapat di Malaysia.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.