Pelakon, Anzalna Nasir tampil bersuara terhadap insiden yang berlaku terhadap adiknya yang juga pelakon, Mia Nasir yang diserang anjing jenis Rottweiler ketika menjalani sebuah penggambaran, baru-baru ini.
Pihak Produksi Harus Peka Isu Keselamatan
Anzalna, menerusi hantaran di Instagram, menyatakan bahawa pihak produksi seharusnya lebih peka terhadap isu keselamatan biarpun anjing tersebut dikatakan turut terlibat dalam penggambaran yang dijalankan itu.
“Kena lebih peka dalam isu ini walaupun katanya anjing tu berlakon juga, tapi anjing Rottweiler kot, not a puppy untuk ambil ringan!.”-tulis Anzalna di Insta Stories
“Nasib Baik Mia Cepat React Dengan Menjerit Sekuat Hati…”
Namun begitu, dia menitipkan rasa syukur kerana adiknya itu bertindak pantas dan menjerit sekuat hati sebelum berlaku insiden yang lebih buruk.
“Nasib baik Mia Nasir cepat react dengan menjerit sekuat hati, kalau tak memang hancur kaki adik saya!.”-tulis Anzalna
Baru-baru ini, Mia Nasir berkongsi satu video detik cemas yang memaparkan dirinya diserang seekor anjing ketika menjalani sebuah penggambaran. Menerusi video yang dikongsikan itu, dapat dilihat anjing jenis Rottweiler itu secara tidak terkawal telah mengigit bahagian bawah seluarnya sehingga terkoyak.
Dalam pada itu, Mia turut berpendapat pemilik anjing terlibat seharusnya lebih berwaspada untuk tidak membiarkan tali terlalu lama sehingga dapat menyerangnya.
Mujur Mia tidak mengalami keceraan yang serius..Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.