Gelagat lucu Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sering mendapat perhatian dari netizen. Ramai yang sayang dengan bekas Raja Permaisuri Agong ini kerana sikap ramahnya yang dekat dengan rakyat membuatkan beliau lebih disayangi ramai. Walaupun Tunku Azizah telah pulang ke negeri Pahang, namun jasanya ketika menjadi Raja Permaisuri Agong masih menjadi bualan sehingga kini.
Keluarga Kerabat Pahang juga dikenali dengan sifat ‘Turun Padang’ dalam segala hal, baik Sultan, Permaisuri mahupun anak-anak baginda yang telah terdidik untuk bersama-sama dekat dengan rakyat.
“Lebih Baik Makan Nasi Dari Makan Roti, Sebab Tu Orang Itali Badan Semangat Semua”-Tunku Azizah
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @tunku.hajjah.aziz2 yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 34 ribu, tanda suka sebanyak 1,134 dan sebanyak 46 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Tunku Azizah yang memberitahu bahawa roti amat tidak sesuai untuk individu yang ingin diet kerana di dalam tepung terdapat getah yang ditunjukkannya itu. Namun Tunku Azizah juga memberitahu bahawa lebih elok jika makan nasi berbanding roti.
@tunku.hajjah.aziz2 #fyp #fypシ゚viral #foryoupage #tunkuazizah
♬ original sound – Tunku Hajjah Azizah – Tunku Hajjah Azizah
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. mereka juga mengatakan bahawa mereka kagum dengan ilmu yang disampaikan Tunku Azizah itu.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.