Pelakon, Raja Ilya berkongsi gelagat comel puteri sulungnya, Talita Love Garrett yang sibuk mengangkat kain jemuran, baru-baru ini.
Raja Ilya atau nama penuhnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad menerusi hantaran di Instagram menyatakan bahawa dia tidak mahu terlalu memanjakan Talita selain memuji anak perempuannya itu sudah pandai mengemas mainannya sendiri.
“Yes betul, memang betul tekaan sis semua. Mak-mak ni tak boleh nak buat semua benda. Ingat kami ni robot.
So awal-awal kita ajar anak-anak tolong kat rumah. Tak nak manja sangat, semua benda nak kena suap.
Dia dah pandai kemas mainan yang dia sepah-sepahkan, angkat kain, lap meja lepas makan, cuci tangan sendiri, makan sendiri, dah mula pergi tandas sendiri, tapi ‘mencabar’ 😂😅.
So nanti adik dia dah keluar tak laa harapkan mak dia buat semua kan.”-kongsi Raja Ilya di Instagram
“Rajin & Aktif Sungguh…”
Perkongsian Raja Ilya dibanjiri dengan komen-komen netizen yang geram melihat gelagat Talita selain memujinya sudah boleh menjadi kakak yang berdikari untuk adiknya yang bakal lahir kelak.
“Talita ❤️ Active rajin. true train from small 😍.”
“Suka sangat Talita ni. Aktiviti macam ni sangat bagus untuk anak-anak. Selain bantu berdikari, bagi fokus otak dan dapat ringankan kerja mummy.”
“Awww kakak-kakak sangat. Boleh panggil kakak Talita dah nie. Comel.”
“Rajin dan aktif sungguh Talita comel nie ❤️❤️❤️❤️.”
“👏🏻👏🏻😍😍 Dah ready nak galas tanggungjawab sebagi anak sulung 😘.”
Sekadar info, Raja Ilya mendirikan rumah tangga bersama Trent Garrett pada tahun 2018. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Talita Love dan sedang sarat hamil cahaya mata kedua yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.