Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Korea

CNBLUE Kembali Menggegarkan Malaysia Dengan Konsert “VOYAGE Into X” Pada 7 Disember Ini!

by Jash Lee
September 28, 2024
Share on Facebook

Kumpulan rock popular dari Korea Selatan, CNBLUE, akan kembali menggamatkan pentas Malaysia dengan konsert terbaru mereka, “2024 CNBLUE LIVE IN ASIA – VOYAGE into X MALAYSIA”. Konsert yang sangat dinantikan ini akan berlangsung pada 7 Disember 2024 (Sabtu) di Arena of Stars, Resorts World Genting, bermula jam 6 petang. Selepas kejayaan tur Asia mereka, “CNBLUENTITY” awal tahun ini, BOICE, nama kelab peminat mereka, sekali lagi berpeluang merasai keterujaan dan pesona persembahan kumpulan ini.

CNBLUE, yang dianggotai oleh Jung Yong-hwa (vokalis dan gitaris), Kang Min-hyuk (drummer), dan Lee Jung-shin(bassist), terkenal dengan bakat muzik mereka yang luar biasa. Selama 15 tahun dalam industri, mereka telah mengeluarkan lagu-lagu hits seperti “Intuition,” “I’m a Loner,” “Can’t Stop,” dan “Love,” yang kekal relevan dan popular di kalangan peminat.

Konsert “VOYAGE into X” membawa tema lautan dan kosmos, melambangkan perjalanan muzik CNBLUE yang semakin berkembang. Reka bentuk pentas berbentuk “X” yang unik akan membawa artis lebih dekat dengan peminat, menjanjikan pengalaman yang lebih intim dan mendebarkan. Persembahan kali ini juga akan menampilkan visual dan muzik yang spektakuler, memperlihatkan bakat sebenar CNBLUE dalam hiburan langsung.

Tiket konsert akan mula dijual pada 4 Oktober 2024 (Jumaat) jam 11 pagi melalui laman web rwgenting.com atau premier.ticketek.com.my. Terdapat empat kategori tiket dengan pelbagai faedah eksklusif untuk peminat bertuah, termasuk akses ke sesi latihan, acara high-five, peluang bergambar, serta hadiah seperti polaroid dan poster bertandatangan.

Konsert ini adalah peluang emas buat peminat setia CNBLUE untuk menikmati persembahan langsung yang memukau dan berinteraksi dengan kumpulan kesayangan mereka.

“2024 CNBLUE LIVE IN ASIA – VOYAGE into X MALAYSIA”
Tarikh: 7 Disember 2024 (Sabtu)

Masa: 6PM

Tempat : Arena of Stars, Resorts World Genting

Butiran Tiket Jualan:

Tarikh Jualan: 4 Oktober 2024 (Jumaat)

Masa Jualan: 11AM

Platform Tiket: rwgenting.com & premier.ticketek.com.my

Harga Tiket: (PZ/VIP) RM738, (PS1) RM638, (PS2) RM538, (PS3) RM438

*Semua harga tidak termasuk bayaran pemprosesan RM4. Sila rujuk carta tempat duduk untuk maklumat lanjut.

CNBLUE Official Channels

Web: fncent.com/CNBLUE X: https://x.com/official_CNBLUE Instagram: https://www.instagram.com/cnblue.official/ Facebook: https://www.facebook.com/CNBLUEOfficial

Concert Material Link: https://drive.google.com/drive/folders/14mvzUTCjJXC0P1Op0B9_gw9MmZfI3GqL?usp=sharing

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
CNBLUEKonsert CNBLUE Di Malaysia
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Diva M Kini Divo M, Apa Sebenarnya Di Sebalik Pertukaran Nama Ini?

by Phic ARMAN
November 4, 2026

Nama Diva M mungkin sudah biasa dalam kalangan pengikut media sosial, namun kini beliau tampil dengan identiti baharu sebagai Divo...

Read moreDetails
Filem Seram
Filem

4 Filem Seram Yang ‘Confirm’ Buat Kamu Tak Boleh Tidur Malam Ni!

by Nurul A.
November 15, 2026

Kebiasaannya hujung minggu merupakan waktu yang terbaik untuk menonton filem. Selain filem bergenre rom-com, thriller dan komedi, apa kata kamu...

Read moreDetails
Thailand
Spotlight

Luar Biasa! Ratu Thailand Jadi Ratu Pertama Di Dunia Terbangkan Jet Pejuang

by Nurul A.
November 5, 2026

Sememangnya tak dijangka dan sangat luar biasa! Ratu Suthida, Ratu Thailand telah mencipta sejarah sebagai ratu pertama di dunia, yang...

Read moreDetails
Penyanyi Mexico
Spotlight

Penyanyi Mexico Tuai Kecaman, Tampil Gayakan Korset Dada Lelaki

by Nurul A.
November 19, 2026

Di Anugerah Grammy Latin 2026, penyanyi Mexico Sofia Monroy telah menarik perhatian dengan korsetnya yang menyerupai badan lelaki. Penampilannya itu...

Read moreDetails
Kim Soo Hyun
Spotlight

Kim Soo Hyun ‘Ugut’ Mahu Saman Netizen?

by Nurul A.
October 16, 2026

Aktor Korea Selatan, Kim Soo Hyun melalui agensinya, Gold Medalist, mengambil keputusan untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan...

Read moreDetails
Spotlight

Siap Ada Tren Khas Rajinikanth! JAILER 2 Kembali Gegarkan Pawagam Malaysia

by Phic ARMAN
October 19, 2026

Peminat Superstar Rajinikanth, dah bersedia untuk menyaksikan aksi idola kesayangan anda di layar perak? Filem yang dinanti-nantikan, JAILER 2, bakal...

Read moreDetails
Filem 'SAYANG SAYANG'
Spotlight

Filem ‘SAYANG SAYANG’ Sambar 5 Pencalonan Di Festival Filem Golden Horse Ke-63

by Nurul A.
October 2, 2026

Filem hasil kerjasama produksi Malaysia dan Taiwan iaitu 'SAYANG SAYANG', arahan oleh Tang Hsiang-Chu serta Penerbit Eksekutif oleh Yeh Jufeng...

Read moreDetails
Ratu cantik israel
Spotlight

Gara-Gara Kostum, Ratu Cantik Israel Berdepan Sorakan ‘Boo’ Dari Penonton

by Nurul A.
November 25, 2026

Ratu Cantik Israel, Danielle Yablonka, berdepan dengan sorakan 'boo' daripada penonton semasa memperagakan kostumnya di Puerto Rico baru-baru ini. Kostum...

Read moreDetails
Steps
Filem

Bukan Kisah Dongeng Biasa, ‘Steps’ Tampil Dengan Twist Mengejutkan!

by Nurul A.
October 16, 2026

Netflix telah mendedahkan treler untuk filem 'Steps', sebuah komedi fantasi yang membayangkan semula kisah Cinderella dari perspektif adik-beradik tirinya yang...

Read moreDetails
Ko Kyung Pyo
Spotlight

Ko Kyung Pyo Mohon Maaf, Terlibat Insiden Mabuk Hingga Rempuh Trak Sampah

by Nurul A.
November 16, 2026

Pelakon Korea Selatan, Ko Kyung Pyo memohon maaf atas kontroversi memandu dalam keadaan mabuk baru-baru ini. Menerusi akaun Instagramnya, Kyung...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penulis Novel ‘Suamiku Anak Mak’ Luah Rasa Kecewa,- “Dulu Pernah Kena Hina Penulis Sampah”

  2. 2

    Gara-Gara Kostum, Ratu Cantik Israel Berdepan Sorakan ‘Boo’ Dari Penonton

  3. 3

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  4. 4

    ‘Allah Dah Jaga Aib Arwah, Awak Buka’- Netizen Tak Setuju Pelakon Kongsi Video Lama Yasmin Ahmad

  5. 5

    Jangan Dengar Waktu Malam! 4 Lagu Popular Ini Ada Kisah Seramnya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara