Selebriti sensasi Nonny Nadirah kembali mencuri tumpuan netizen dengan video terbarunya yang menunjukkan beliau makan sambil berdiri dalam keadaan berkemban.
Dalam video tersebut, Nonny, yang berusia 34 tahun, dilihat berdiri di hadapan pintu yang sedikit terbuka sambil mengangkat kaki, memperlihatkan bahagian paha.
Aksi tersebut pastinya menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan peminat dan pengikutnya di media sosial.
Dalam video itu, Nonny tidak hanya menunjukkan gaya hidupnya yang unik, tetapi juga berkongsi tentang pengurusan makanan.
“Ini ayam semalam tak habis, saya basuh. Insya-Allah boleh makan,” ujarnya sambil membasuh lebihan lauk.
Dalam pada itu, Nonny turut mengambil kesempatan untuk menyuarakan sokongannya terhadap Palestin dengan menulis, “Roh saya berada kat sana sekarang, Palestin.”
Tidak asing lagi dengan kontroversi, bekas peserta program realiti Akademi Fantasia musim kelima ini pernah mencetuskan perdebatan di kalangan netizen sebelum ini.
Dalam satu insiden, beliau pernah duduk mencangkung hingga hampir menampakkan alat sulitnya ketika menjual produk.
Selain itu, beliau juga pernah membotakkan kepala dan mendakwa wajahnya senget sebelah akibat gangguan sihir.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.