Siapa yang tidak kenal dengan Nur Ernie Shahirah Zakri yang merupakan seorang pelakon dan penyanyi hebat di Malaysia. Ernie Zakri memulakan kerjayanya apabila dia menyertai pertandingan bintang RTM edisi 2009 dan sekaligus menjadi juara dalam pertandingan tersebut.
Selain itu, Ernie Zakri juga telah memenangi anugerah vokal terbaik dalam AJL yang ke-32. Dia juga merupakan bekas guru muzik di Akademi Muzik Bentley di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Ku Bersuara’ itu telah mendirikan rumahtangga bersama penyanyi lelaki Malaysia iaitu Syamel atau nama penuhnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly serta dikurniakan seorang cahaya mata yang bernama Nur Khawla Soleha.
“Dah Tu Uncle Aziz Harun Nak Letak Mana?”-Netizen
Terdahulu, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @anistaqwa yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraiih jumlah tontonan sebanyak 713 ribu, tanda suka sebanyak 35 ribu dan sebanyak 148 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Ernie Zakri yang sedang berbual dengan Hael husaini, namun anaknya iaitu Khawla ralit memandang wajah Hael Husaini itu.
@anistaqwa
Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa kini Aziz Harun mempunyai saingan kerana Khawla juga suka melihat Hael Husaini.
Apa-apa pun, semoga Khawla membesar menjadi anak solehah yang taat kepada ibu bapanya itu. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta kaberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.