Pasangan selebriti Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam, mendirikan rumah tangga pada 8 bruari 2016 dan mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata, iaitu Syeriv Samheizy, Sarima Samheizy dan Salama Samheizy.
Syatilla Melvin merupakan seorang pelakon dan pengacara wanita di Malaysia. Memulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon pada tahun 2012, bakat lakonan serta wajahnya yang jelita membuatkannya dengan cepat dikenali ramai.
Seperti yang kita ketahui, Syatilla sering memuat naik video dia bersama keluarganya di media sosial, terutamanya di laman instagram dan tiktok. Dia juga dikenali dengan perangai yang suka melawak dengan keluarganya dan itu membuatkan ramai peminat terhibur dengan telatahnya itu.
“Jom 1 November Kita Mula Diet Sama-Sama”-Shaheizy Sam
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Shaheizy Sam yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 2.2 juta, tanda suka sebanyak 76 ribu dan sebanyak 1,032 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Shaheizy Sam yang merancang untuk menurunkan berat badan bermula 1 November ini. Shaheizy Sam juga mengajak peminat-peminatnya yang ingin turut berat untuk turut serta bersamanya itu.
@shaheizysam Tak tau nak buat mcmana? Ikut je laa. π Yg penting, jangan tipu diri sendiri. Link ada kat bio. @SyatillaMelvin #ShaheizySamFitness #Nutrikino #Trio #SuperCombo #IntermittentFasting #PuasaYangYok #IF #OMAD #LIVEhighlights #TikTokLIVE #LIVE
β¬ Nujum Pak Belalang Ukulele Tutorial by Azzmeir – The Little Meirmade π§π»ββοΈ
Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa mereka kini bersemangat apabila Shaheizy Sam mengajak untuk turut serta dalam edisi kurus kali ini.
Apa-apa pun, semoga Shaheizy Sam dan peminatnya berjaya menurunkan berat badan mereka. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.
Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.