Gelagat lucu Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sering mendapat perhatian dari netizen. Ramai yang sayang dengan bekas Raja Permaisuri Agong ini kerana sikap ramahnya yang dekat dengan rakyat membuatkan beliau lebih disayangi ramai. Walaupun Tunku Azizah telah pulang ke negeri Pahang, namun jasanya ketika menjadi Raja Permaisuri Agong masih menjadi bualan sehingga kini.
Keluarga Kerabat Pahang juga dikenali dengan sifat ‘Turun Padang’ dalam segala hal, baik Sultan, Permaisuri mahupun anak-anak baginda yang telah terdidik untuk bersama-sama dekat dengan rakyat.
“Saya Terbaca Laju Dari Tok Imam Tadi, Jadi Tengku Jihan Betulkan”-Kata Tunku Azizah
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @a.h_ediitszz yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 118 ribu, tanda suka sebanyak 7,549 dan sebanyak 96 komen.
Di dalam video berkenaan, Tunku Azizah yang sedang mencari muka surat berapa untuk mengikut mengaji bersama. Di katakan bahawa Tunku Azizah membaca dengan cepat sehingga memerlukan bantuan dari Tengku Jihan untuk membetulkan muka suratnya itu.
@a.h_ediitszz comel TPJ, TAP 😭🥰🥰 Ampun Tuanku…tipulah kita tak pernah macam ni kan.. mesti pernah 🤭 #royalpahang #pahangroyalfamily #royalpahangfamily
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa mereka juga pernah mengalami perkara sedemikian ketika mengaji secara berjemaah.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.