Aktor, Farid Kamil baru-baru ini mencetuskan pelbagai reaksi netizen apabila memuatnaik satu video mengenai rumah tangganya di media sosial.
Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, Farid menyatakan bahawa dia masih sayangkan isterinya, Diana Danielle dan kedua-dua anak mereka, Muhammad dan Aurora.
“Alhamdulillah, saya mendengar perkhabaran tersebut, dan macam yang orang sedia maklum, saya sayangkan isteri saya, saya sayangkan anak-anak saya. Saya akan berusaha untuk menjernihkan keadaan kembali.”-kata Farid Kamil di Instagram
“Kenapa Macam Pengumuman Raya…”
Perkongsian aktor ini dihujani pelbagai reaksi netizen, malah ada yang berpendapat Farid seolah-olah memberikan pengumuman raya Aidilfitri.
“Kenapa aku rasa dia macam psycho sangat ya. Tak sokong mana-mana tapi kalau Diana nak tinggal, dulu lagi dia dah tinggal kan masa Farid keluar masuk penjara.”
“Orang lelaki memang macam tu, dah diberi peluang tak nak berubah. Bila perempuan dah tak nak baru la beria balik,”
“Jujur terus bang, Netizen tak larat nak siasat, banyak kes lagi nak cover, please bang.”
“Kenapa macam pengumuman raya.”
“Moga Abang Farid Kamil dan Diana Danielle kembali seperti biasa.”
Sekadar info, pasangan ini pernah mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.
Pasangan ini pernah bercerai pada 10 Ogos 2023, sebelum kembali rujuk selepas 21 hari berpisah.
Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.