Tengku Puteri Afzan merupakan anakanda kesembilan daripada sepuluh adik-beradik, menjadikan beliau sebagai puteri keempat daripada lima puteri kepada Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Walaupun kedudukannya dalam hirarki adik-beradik mungkin tidak sering menonjol, kehadiran dan perwatakannya yang lemah lembut sering kali mencuri perhatian ramai.
Tengku Puteri Afzan memiliki seorang kembar, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah. Kedua-duanya dilahirkan pada tanggal 11 September 2000 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang, Malaysia. Tengku Ahmad Ismail kini menyandang gelaran Tengku Panglima Perang Leftenan Pahang, sebuah gelaran yang menggariskan kepentingan beliau dalam struktur kepimpinan negeri.
Pada 23 Ogos 2024, Puteri Sultan Pahang, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selamat diijabkabul dengan pasangan, FD Idzham FD Iskandar.
“Random Betul Suami Tengku Puteri Afzan Ni, Hahaha”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @snackybelly yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 435 ribu, tanda suka sebanyak 16 ribu dan sebanyak 40 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Suami kepada Tengku Puteri Afzan iaitu FD Idzham FD Iskandar yang meminta untuk merasa kudap-kudap pada sebuah gerai yang dikunjunginya itu.
@snackybelly Replying to @𝖆𝖗𝖄𝖊𝖓’𝖘 here you go 🙏🏼
Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa telatah FD Idzham sama seperti bonda mentuanya itu, iaitu Tunku Azizah yang sangat ramah mesra.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.