Perkongsian terkini pelakon, Elizad Sharifuddin mencuri perhatian netizen apabila dilihat berkongsi aktiviti menunggang motor berkuasa besar bersama suaminya, Shamsul Baharin Abdul Rahman.
Menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, turut memaparkan Elizad dan suami menunggang motorsikal berkuasa besar sekitar Thailand termasuklah Khanom View Point, Samiu, Khanom, Sichon, Thale Noi, dan Pak Bara.
“Mencipta kenangan indah bersama awak adalah waktu kegemaran saya.”-kapsyen Elizad Sharifuddin
@elizadsharifuddin25 The blessing of time spent together today fuels the memories I’ll hold FOREVER . Short Ride ❤️ Samui ✅ Khanom ✅ Sichon ✅ Thale Noi ✅ Pak Bara ✅ #thedonsroute #husbandandwife
Dibanjiri Doa Netizen
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa buat pasangan ini agar berkekalan hingga ke Jannah selain ramai yang mendoakan agar mereka dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.
“Minat lakonan Elizad, semoga kekal hingga ke Jannah.”
“Allah itu sangat baik. Kalau dia tak bagi awak rezeki pada apa yang awak doakan, Dia akan bagi lebih rezeki pada yang awak dah sedia ada. Contoh, kasih sayang dalam rumah tangga awak.”
“Pergh Harley Road King & Road Glide total je 2 benda ni hampir 400k.”
“Alhamdulillah semoga teruskan ride dan bahagia bersama orang yang tersayang.”
“Bahagia cara Elizad, happy saya nampak. Hidup ini tenang bila kita santai.”
“Semoga sentiasa dalam rahmat Allah. InsyaAllah yang baik-baik akan datang.”
“Suka tengok sis. 2 jiwa 1 hobi. Semoga kekal hingga ke Jannah.”
Sekadar info, Elizad Sharifuddin mendirikan rumah tangga bersama suami, Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.
Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Elizad dan suami. Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.