Tabu, salah seorang pelakon Bollywood yang paling terkenal telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-53 tahun semalam. Dikenali dengan bakat lakonan yang luar biasa, Tabu telah menarik perhatian penonton dengan kepelbagaian dalam setiap peranan yang dimainkan olehnya selama ini.
Namun di sebalik kehidupan profesionalnya sebagai seorang pelakon, Tabu mendedahkan dia bahagia menjalani kehidupan sebagai seorang bujang dan tidak pernah menyesalinya.
Sebelum ini Tabu pernah bercakap tentang keputusannya untuk kekal bujang dan tidak berkahwin, serta pandangannya tentang sebuah hubungan yang ideal.
Walaupun selesa menjalani kehidupan sebagai seorang bujang, Murai teringatkan sebuah wawancara yang dihadiri oleh Tabu, menyatakan Ajay Devgn merupakan sebabnya dia kekal bujang sehingga kini.
Semasa mempromosikan filem ‘Golmaal Again’, Tabu berkongsikan dengan Mumbai Mirror pada tahun 2017, bahawa dia menjadi bujang hingga kini disebabkan oleh tindakan Ajay dan sepupunya, Sameer Arya.
“Ketika saya remaja, Sameer dan Ajay akan mengintip saya, mengikut saya dan mengugut memukul mana-mana lelaki jika ditangkap bercakap dengan saya. Mereka ialah pembuli dan saya bujang hari ini adalah kerana Ajay. Saya harap dia menyesali dan insaf.”
Tetapi jangan pula kamu terkejut, Tabu mengatakan kenyataan tersebut secara berseloroh dan bergurau sahaja. Sekadar info, Tabu dan Ajay merupakan sahabat baik dan telah mengenali antara satu sama lain selama 25 tahun. Mereka juga pernah membintangi banyak filem bersama.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.