Penyanyi tersohor negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!
Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.
“Tokti Makin Kurus, Walaupun Belum Capai Targetnya Tapi Dah Nampak Perbezaan”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @sitinurhalizafantastic yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 98 ribu, tanda suka sebanyak 3,045 dan sebanyak 153 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti yang menyanyi santai lagu yang berjudul ‘Debaran Cinta’ buat peminat yang menonton live nya itu.
@sitinurhalizafantastic Ala Comel Sangat DS @Siti Nurhaliza 💕 Kredit Video – @siti nurhaliza. luv🤍. fans #trendingviralvideo🌹♥️❣️💞💞💞 #trendingviralvideo #fyppppppppppppppppppppppp #trendingvideo2024♥️♥️fypシ #trendingvideo2024💯💯💯✅ #loveyouall💕 #loveyou #fypppppppppppppppppp #sitinurhaliza #fyp #queen
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa lagu-lagu Tokti banyak menggamit kenangan mereka dahulu. Tambah mereka lagi, Tokti kelihatan makin kurus selepas turun berat badan sebanyak 12 koligram serta mereka juga mendoakan agar Tokti berjaya mendapat berat badan yang di idamkannya itu.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.