Penyanyi tersohor negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!
Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.
“Macam Ni Cara Makan Yang Betul, Tak Banyak Bunyi Baru Sopan”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @sitinurhalizafantastic yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 55 ribu, tanda suka sebanyak 1,099 dan sebanyak 58 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti yang sedang live dan kemudian beliau menunjukkan makanannya ketika sedang berdiet.
@sitinurhalizafantastic Sopan Santun DS @Siti Nurhaliza 😍 #fyppppppppppppppppppppppp #trendingviralvideo💝 #trendingvideo2024💯💯💯✅ #loveyouall💕 #sitinurhaliza #queen #tik_tok #malaysia #lifestyle #live #like #trendingvideo2024💯💯💯 #trendingviralvideo
Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa cara Tokti makan terlihat sangat sopan walaupun berada di hadapan kamera. Tambah mereka lagi, jika Tokti membuat video mukbang pasti ramai yang akan menontonnya.
Apa-apa pun, semoga Tokti terus menghasilkan karya yang berkualiti terutama buat peminat-peminatnya itu. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.
Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.