Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta, merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit di Malaysia. Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.
Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya iaitu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.
“Che Ta Pakai Apa Pun Terletak Elok Dan Nampak Mahal”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Che Ta yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 599 ribu, tanda suka sebanyak 16 ribu dan sebanyak 271 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Che Ta yang menunjukkan cara beliau mengayakan tudungnya dengan menggunakan getah.
@rozitachewan1 Nah !!!!! Untuk peminat2 nude2 meqah !!! . Tunggu !!! 28 OCT na !! SET KAFTAN CHE TA #staytuned #comingsoon #savethedate #setkaftancheta #cheta #rcw #rozitachewan #byrcw #fyp
Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa tutorial tudung Che Ta hanya sesuai untuknya sahaja kerana beliau seorang yang cantik dan pakai apa sahaja tetap kelihatan terletak elok.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.