Menampilkan Shah Rukh Khan (SRK), Kajol, dan Rani Mukerji; Murai tak nafikan filem ‘Kuch Kuch Hota Hai’ (KKHT) yang diarahkan oleh Karan Johar ini sememangnya sebuah filem Bollywood yang sangat popular sehingga ke hari ini.
Walaupun mempunyai peminat tersendiri, Karan Johar pernah mendedahkan yang filem ini merupakan sebuah filem yang sangat bermasalah dan bertoksik.
Dikritik Sebagai Filem Yang Toksik & Bermasalah
Selepas bertahun-tahun, filem KKHT ini mendapat kritikan kerana telah mempromosikan sifat “toxic masculinity” atau toksik kejantanan. Kenyataan ini dibuktikan melalui watak yang dimainkan oleh Kajol dan Rani, di mana seorang wanita perlu berasa cantik untuk disayangi oleh seorang lelaki.
Berdasarkan kritikan yang diterima, Karan Johar mendedahkan dia telah dimarahi oleh pelakon seniornya iaitu Shabana Azmi kerana ketoksikan dan bermasalahnya filem tersebut.
“Shabana Azmi telah menonton filem ini dari England, dan dia menelefon saya memberitahu betapa terkejutnya dengan filem ini.”
Dalam filem itu, Anjali (lakonan Kajol) ialah seorang wanita tomboy berambut pendek yang secara rahsia menyukai rakan lelakinya iaitu Rahul (lakonan SRK). Tetapi Rahul jatuh cinta dengan Tina (lakonan Rani Mukerji) yang bergaya dan lebih feminin.
Lapan tahun kemudian, Anjali berubah secara drastik. Daripada seorang tomboy, dia berubah menjadi wanita yang lebih ayu, mula memakai saree, dan berambut panjang. Melihatkan adegan ini, Shabana Azmi memberi kritikan.
“Apa yang awak cuba tunjukkan? Bahawa wanita berambut pendek tidak menarik dan apabila berubah menjadi rambut panjang lebih cantik? Apa yang awak nak cakap tentang ini?”- kritik Shabana.
Menerima kritikan, Karan memohon maaf dan mengakui bahawa filem ini sangat bermasalah kerana telah menunjukkan sikap toxic masculinity kepada penonton.
Apa pendapat kamu?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.