Hampir menginjak ke usia 60 tahun, Murai rasakan Salman Khan hanyalah satu-satunya aktor Bollywood yang masih lagi single (atau bujang) dan tidak pernah komited untuk berkahwin.
Walaupun dia sendiri tak pernah mengaku mengenai hal ini, tetapi bapanya secara terbuka mendedahkan Salman sebenarnya takut untuk berkahwin.
Sebabnya menjadi bujang itu dikongsi oleh bapanya iaitu Salim Khan di sebuah temu bual. Dedah bapa kepada Salman, dia berkata anaknya itu mudah tertarik dengan wanita tetapi tidak berani untuk berkahwin.
“Salman sangat mudah menjalinkan hubungan tetapi tidak ada keberanian untuk berkahwin. Dia sentiasa berfikir sama ada wanita itu boleh menjaganya keluarga seperti ibunya. Dia mahu mengahwini wanita yang berdedikasi sepenuhnya kepada suami dan anak-anak, seperti ibunya dulu.”
Kongsi bapanya lagi, wanita idaman Salman seharusnya boleh memasak untuk keluarga, menjaga dan mengurus anak hingga memastikan kerja rumah mereka siap.
Bukan tak pernah bercinta, Salman pernah menjalinkan hubungan romantis dengan beberapa aktres Bollywood termasuklah Katrina Kaif, Somy Ali, Sangeeta Bijlani dan Aishwarya Rai. Tetapi selepas itu, dia memilih untuk menjadi bujang sehingga kini.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.