Baru-baru ini, penyanyi tersohor negara iaitu Dato Sri Siti Nurhaliza telah dianugerahkan gelaran Biduanita Negara yang ketiga selepas Allahyarhamah Saloma yang menerima anugerah tersebut pada tahun 1978 dan allahyarhamah Sharifah Aini pada tahun 2006.
Anugerah Khas Biduan Negara 2024 tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya iaitu Khairul Firdaus Akbar. Selain mendapat gelaran Biduanita Negara, Dato Sri Siti Nurhaliza juga membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000, watikah penganugerahan, persalinan songket, trofi Biduan Negara dan sebagai seniman tamu kementerian pelancongan, Seni Dan Budaya.
“Alhamdulillah Kami Bangga Dengan Pencapaian Beliau”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @sitizoner yang peroleh perhatian ramai. video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 20 ribu, tanda suka sebanyak 1,541 dan sebanyak 104 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Dato Sri Siti Nurhaliza yang menerima Anugerah Biduan semasa majlis Anugerah Seni Negara 2024.
@sitizoner
Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga bangga dengan pencapaian beliau kerana peroleh gelaran tersebut. Tambah mereka lagi, beliau sangat layak menerima anugerah itu kerana telah banyak mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.
Apa-apa pun, kami dari Murai My mengucapkan tahniah kepada Biduanita Dato Sri Siti Nurhaliza dan semoga beliau terus berkarya dan terus mengharumkan nama negara pada masa akan datang.
Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.