Siapa yang tidak mengenali anak kepada pasangan selebriti Malaysia ini, Aaisyah Dhia Rana merupakan anak kepada Zain Saidin dan Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta.
Che Ta merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit di Malaysia. Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.
Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya itu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.
“Che Ta Pakai Tudung Ikat Getah Macam Tu Pun Lawa, kalau Aku Mesti Nampak Macam Orang Gila”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Che Ta yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 603 ribu, tanda suka sebanyak18 ribu dan sebanyak 145 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Che Ta yang memakai tudung dengan hanya mengikat getah. Tambahnya lagi, cincin yang dipakainya itu sama warna dengan beg Birkin miliknya.
@rozitachewan1 GREY kaler pulak !!!!! . Ok ini 5 kaler yg kami nk launching 28 OCT ni .. . STAY TUNED !!! Yg terawal akan dpt 20% 🎉. . #cheta #rcw #rozitachewan #kaftanCheTa #byRCW #fyp
Rata-rata netizen terhibur melihat video berkenaan. Mereka mengatakan bahawa, walaupun Che Ta pakai getah ikat sayur namun harga begnya jauh lebih mahal dari sebiji kereta.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.