Kalau tanya pada Murai, watak yang paling diingati dalam filem ‘Kuch Kuch Hota Hai’, sudah semestinya watak “Anjali” yang dimainkan oleh Kajol. Tetapi walaupun watak tersebut sangat ikonik, Kajol sebenarnya tak mahu menjadi “Anjali”.
Jika kamu nak tahu, Kajol sebenarnya mahukan watak “Tina” yang dilakonkan oleh Rani Mukerji. Bagi mendapatkan watak ini, isteri Ajay Devgn telah bergaduh dengan pengarah Karan Johar.
“Saya bergaduh dengan Karan kerana saya mahukan watak “Tina” dan dia berkata, “Tidak, awak mainkan Anjali”. Saya berkata, “Tetapi saya mahukan Tina. Awak tidak tahu apa yang saya akan lakukan dengan Tina”, kongsi Kajol.
Selepas bergaduh dan mendesak selama 45 minit, Karan tetap tegas dengan keputusannya untuk membiarkan watak “Tina” dimainkan oleh Rani Mukerji, manakala watak “Anjali” pula dimainkan oleh Kajol.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.