Penyanyi tersohor negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!
Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.
“Mesti Menyesal Orang Yang Letak Telefon Tu Sebab Taktahu Biduanita Yang Jawab”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @sitizoner yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak57 ribu, tanda suka sebanyak1,745 dan sebanyak 36 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti yang sedang ditemuramah oleh wartawan namun salah satu telefon bimbit wartawan tersebut berdering dan diangkat oleh Tokti itu.
#fyp | datuk siti nurhaliza | TikTok
Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa rugi orang yang meletakkan panggilan tersebut kerana situasi sebegini amat jarang berlaku.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.