Shah Rukh Khan (SRK) dan Gauri Khan ialah salah satu pasangan yang membuktikan cinta melangkaui batas agama. Kedua-duanya memutuskan untuk berkahwin walaupun menganuti agama berlainan; SRK beragama Islam dan Gauri beragama Hindu.
Walaupun begitu, ramai yang tertanya-tanya mengenai agama yang dianuti oleh anak-anak mereka memandangkan SRK dan Gauri menganuti agama yang berbeza.
Dalam satu episod rancangan Koffee with Karan pada tahun 2005, Gauri Khan secara terbukanya berkongsi pandangan mengenai agama dalam keluarganya dan bagaimana ia mempengaruhi anak-anaknya, terutamanya Aryan Khan.
Ketika berbicara mengenai Aryan, Gauri menyatakan anak sulungnya itu sangat mengagumi suaminya sehingga dia merasakan Aryan akan mengikuti agama SRK.
“Aryan sangat mengagumi SRK sehingga saya rasa dia akan anuti agama Islam. Dia selalu berkata, “Saya seorang Muslim”.
Walaupun begitu, pengakuan Aryan telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam keluarga mereka. Ibu Gauri yang menganuti agama Hindu, tidak marah akan keputusan Aryan tetapi dia akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.