Penyanyi tersohor negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!
Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.
“Suka Lihat Tokti Luangkan Masa Dengan Anak-Anak”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @ctaini77 yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 40 ribu, tanda suka sebanyak 671 dan sebanyak 20 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan suasana ketika Tokti pergi berkhelah bersama keluarganya itu.
Bahagianya Aafiyah dan Produk Simplysiti | TikTok
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa mereka gemar melihat Tokti membawa anak-anak bercuti ketika beliau mempunyai masa terluang.
Apa-apa pun, semoga Tokti terus menghasilkan karya terutama buat peminatnya serta konsert yang mega pada masa akan datang. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.