Kemunculan Aishwarya Rai di Dubai telah mencetuskan kontroversi di tengah-tengah khabar angin perceraiannya, selepas pelakon itu tidak lagi menggunakan nama keluarga suaminya iaitu ‘Bachchan’.
Melihatkan spekulasi ini membuatkan orang ramai mula bergosip tentang kehidupan peribadi Aishwarya dan Abishek Bachchan.
Walaupun tiada sesiapa dalam keluarga Bachchan mengulas tentang hal tersebut, Amitabh beberapa hari lalu telah memberi reaksi terhadap spekulasi itu.
Bukan itu sahaja, dia juga telah menghantar post marah di akaun Twitternya. Posting marahnya itu membuatkan semua orang tertanya-tanya adakah ia reaksi terhadap khabar angin perceraian pasangan itu.
Amitabh telah menghantar post marah yang mengandungi perkataan “chup” yang bermaksud tolong diam dan diikuti emotikon muka marah.
Sebelum ini, Amitabh ada memuat naik posting di blog peribadinya di mana dia bercakap tentang ketidakbenaran dan spekulasi. Amitabh berkata dia kurang bercakap mengenai keluarga kerana dia merasakan privasi keluarga itu dijaga olehnya.
Apa kata kamu?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.