Gelagat lucu Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sering mendapat perhatian dari netizen. Ramai yang sayang dengan bekas Raja Permaisuri Agong ini kerana sikap ramahnya yang dekat dengan rakyat membuatkan beliau lebih disayangi ramai. Walaupun Tunku Azizah telah pulang ke negeri Pahang, namun jasanya ketika menjadi Raja Permaisuri Agong masih menjadi bualan sehingga kini.
Keluarga Kerabat Pahang juga dikenali dengan sifat ‘Turun Padang’ dalam segala hal, baik Sultan, Permaisuri mahupun anak-anak baginda yang telah terdidik untuk bersama-sama dekat dengan rakyat.
“Kagum Dengan Tuanku, Tak Kekok Bila Dekat Dapur”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @cmspahang yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 2 juta, tanda suka sebanyak 113 ribu dan sebanyak 1,441 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Tunku Azizah yang sedang membuat Puding Diraja sambil diperhatikan Sultan Pahang dari arah belakang.
@cmspahang titah suami ku !
♬ original sound – Tengku Ampuan Pahang – Tengku Ampuan Pahang
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa mereka juga suka akan puding tersebut akan tetapi ianya sangat remeh untuk dibuat. Tambah mereka lagi, pasti Tunku Azizah telah biasa membuat puding tersebut.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.