Mengejutkan! Aktres Rekha bukan hanya ditampar sekali, tetapi dua kali dalam acara berbeza oleh pasangan Bollywood iaitu Amitabh dan Jaya Bachchan. Kejadian itu dikatakan berlaku ketika mereka bertiga berada di khalayak ramai.
Insiden pertama berlaku pada tahun 80-an. Ketika itu Rekha dikaitkan dengan Amitabh Bachchan, sehingga munculnya khabar angin mereka berdua menjalinkan hubungan.
Menurut tabloid, Amitabh yang telah berkahwin dengan Jaya, didakwa tertarik dan dikhabarkan berhasrat untuk menjalinkan hubungan percintaan dengan aktres Rekha.
Dalam biografi Rekha, aktres tersebut berasa marah dan mula berhadapan dengan Amitabh untuk bertanya tentang hal itu. Amitabh memberitahu dia merasakan tidak perlu memberi Rekha sebarang penjelasan.
Reaksinya itu membuatkan Rekha kerap kali meminta penjelasan tentang khabar angin mereka, sehinggakan Amitabh hilang kawalan dan menamparnya.
Manakala untuk insiden kedua pula, Jaya dan Amitabh sepatutnya membintangi filem yang sama tetapi posisinya digantikan dengan Rekha. Dipetik daripada Masala, Rekha menawarkan perjanjian sifar bayaran kepada penerbit untuk membintangi tersebut. Mendengar tentang itu, Jaya meminta suaminya untuk menarik diri tetapi Amitabh tidak melakukannya.
Ketika Jaya melawat set filem itu, dia melihat Rekha dan Amitabh bercakap secara bersembunyi. Situasi ini membuatkan dia semakin marah dan terus menampar Rekha di hadapan Amitabh dan seluruh kru filem itu.
Melihatkan perbuatan Jaya, Amitabh tanpa berkata apa-apa atau meminta maaf kepada Rekha, dilihat terus meninggalkan set filem itu.
Apa pendapat kamu?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.