Dikenali secara popular sebagai “Badhshah Bollywood”, “King Khan”, “King of Ramance” dan “The King of Bollywood“, Shah Rukh Khan (SRK) ialah pelakon-penerbit yang mencatatkan kejayaan yang paling berjaya dalam industri seni dan hiburan global.
Bukan hanya sekadar di skrin, SRK juga terkenal dengan personalitinya yang menawan dan terdapat beberapa fakta yang sangat menarik serta kurang diketahui ramai tentang dirinya.
Berikut Murai kongsikan 5 fakta menarik dan ramai yang tak tahu tentang Shah Rukh Khan!
Walaupun seluruh dunia mengenalinya sebagai “Shah Rukh Khan”, pelakon ini pada asalnya tidak diberi nama itu. Nenek sebelah ibunya telah menamakannya sebagai “Abdul Rashid Khan” semasa kelahirannya.
Terkenal dengan gelaran ‘lelaki romantik’ dan bermulut manis, SRK sebenarnya tidak menyukai aiskrim. SRK mendedahkan sejak kecil lagi, dia akan mengelak daripada memakan aiskrim.
Percaya atau tidak, seorang peminat bernama Sandi akan membeli sebidang tanah di bulan setiap kali tiba hari jadi SRK. Sijil perakuan tanah itu diberikan kepada SRK menerusi emel.
Sangat ikonik! Watak SRK dalam filem ‘Dilwale Dulhania Le Jayenge’ mengejutkan orang ramai selepas tahu dia tidak pernah membaca skrip. SRK memberitahu dia terinspirasi oleh visi Aditya Chopra sehingga dia bersetuju untuk lakukan filem itu tanpa perlu meneliti skrip terlebih dahulu.
Sebelum menjadi superstar, SRK tiba di Delhi dengan berbekalkan wang sebanyak ₹1,500 (RM78.67). Disebabkan oleh menerima banyak penolakan lakonannya, dia sehinggakan kehabisan wang dan dihalau daripada rumah sewa kerana tak mampu membayarnya.
Kongsikan apakah fakta SRK yang kamu rasa ramai lagi tak tahu tentangnya.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.