Pelakon Bollywood sememangnya terkenal dengan kekayaan mereka, tetapi ada beberapa aktres terkemuka jauh lebih kaya daripada suami mereka.
Dalam artikel kali ini, Murai senaraikan lima aktres Bollywood yang paling kaya dan jangan terkejut… Nilai mereka mungkin lebih besar berganda-ganda daripada pasangan mereka!
1. Aishwarya Rai
Bekas Ratu Cantik Dunia, Aishwarya Rai menduduki tangga pertama dengan anggaran nilai bersihnya ₹862 crore (RM450,714,141.39), menjadikannya aktres Bollywood yang terkaya di India. Suaminya, Abishek Bachchan pula dilaporkan menguasai nilai bersih sebanyak ₹280 crore (RM146,403,665.42).
2. Deepika Padukone
Berdasarkan The Times of India, Money Control dan beberapa data tersedia untuk umum, Deepika Padukone mempunyai nilai bersih sebanyak ₹500 crore (RM261,423,895.99). Ranveer Singh, suaminya pula mempunyai nilai bersih ₹245 crore (RM128,097,709.04).
3. Katrina Kaif
Menurut beberapa laporan, Katrina Kaif memiliki nilai bersih ₹224 crore (RM117,115,702.78), hasil daripada perniagaan dan kerjaya lakonannya. Manakala suaminya, Vicky Kaushal pula hanya nilai bersih ₹41 crore (RM21,436,356.31).
4. Preity Zinta
Transformasi Preity Zinta daripada pelakon kepada usahawan adalah luar biasa. Nilai bersihnya kira-kira ₹183 crore (RM95,686,379.87). Suaminya, Gene Goodenough pula dengan anggaran ₹25 crores (RM13,071,909.82), menyokong usahanya sambil mengekalkan kepentingan perniagaan sendiri.
5. Bipasha Basu
Daripada lakonan hingga ke peragaan, Bipasha Basu memiliki nilai bersih yang mengagumkan sebanyak ₹111 crore (RM58,036,534.59), Manakala suaminya, Karan Singh pula memiliki kekayaan bernilai ₹15 crore (RM7,842,900.59).
Boleh tahan kaya ye…
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.