Walaupun terkenal dengan lakonan serba boleh dan pilihan skrip yang menakjubkan, Ranbir Kapoor tak pernah terlepas daripada menjadi tajuk utama berita mengenai kehidupan peribadinya.
Aktor kacak Bollywood yang berkahwin dengan aktres Alia Bhatt ini sering dirujuk dan dilabel sebagai “cassanova” dan penipu selepas perpisahannya dengan dua aktres popular pada masa lalu.
Muncul dalam podcast People by WTF: Nikhil Kamath, Ranbir akhirnya buka mulut dan menjelaskan kontroversi hubungan dengan bekas kekasihnya iaitu Deepika Padukone dan Katrina Kaif. Tanpa berselindung, Ranbir mengatakan identitinya sebagai seorang ‘cassanova’ tercetus selepas bercinta dengan dua aktres popular tersebut.
“Dan sudah tentu saya telah bertemu dengan dua pelakon yang berjaya dan entah bagaimana gelaran itu menjadi identiti saya. Bahawa saya seorang “cassanova”. Saya juga dilabel sebagai penipu untuk sebahagian besar hidup saya.”
Bagi kamu yang tidak tahu, Deepika Padukone sebelum ini ketika berada di Koffee With Karan, secara terbuka menggelar Ranbir sebagai “cassanova” dan penipu. Membalas dakwaan tersebut, Ranbir tidak mengambil berat tentang label tersebut kerana ianya tidak benar.
“Saya tidak kisah tentang label itu walaupun ia pernah menjejaskan saya tetapi ia tidak benar sama sekali. Orang ramai tak tahu cerita sebenar dan saya tak akan bercakap tentang seseorang itu di khalayak ramai kerana ia bersifat peribadi. Tetapi jika ia menggemberikan orang itu, saya tidak sebarang konflik dengannya.”
Untuk rekod, Ranbir dan Deepika menjalinkan hubungan semasa penggambaran filem ‘Bachna Ae Hasseeno’. Deepika turut melakukan tatu “Ranbir” di lehernya tetapi hubungan mereka hanya bertahan selama tiga tahun sebelum berpisah pada 2010. Selepas Deepika, Ranbir bercinta dengan Katrina Kaif selama 6 tahun sebelum berpisah pada 2016.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.