Pergaduhan ini berlaku kerana Kareena kecewa apabila pereka Vikram Phadnis bantu aktres ini tanpa persetujuannya.
Bergaduh sesama pelakon adalah perkara biasa. Dalam industri Bollywood, pergaduhan antara pelakon yang menjadi perbualan ramai ialah Kareena Kapoor dan Bipasha Bashu.
Pergaduhan ini terjadi di di set filem ‘Ajnabee’ dan ianya semakin memuncak apabila Kareena dan Bipasha saling memburukkan antara satu sama lain.
Kalau kamu nak tahu, Kareena dan Bipasha telah bekerjasama dalam filem tersebut. Dikatakan pergaduhan ini terjadi kerana pereka, Vikram Phadnis yang ditetapkan untuk Kareena, telah memutuskan untuk bantu Bipasha tanpa persetujuan aktres itu.
Pergaduhan ini membuatkan ia menjadi lebih teruk sehinggakan ia melibatkan tamparan. Insiden tersebut berlaku kerana Kareena memanggil Bipasha sebagai Kaali Billi iaitu kucing hitam (black cat).
Bercakap mengenai kejadian itu, Bipasha berkata Kareena bersikap kebudak-budakan, hanya kerana perekanya membantu aktres itu.
“Saya fikir saya tidak ada masalah dengan dia (Kareena). Dia mempunyai beberapa masalah dengan pereka. Saya tidak tahu mengapa saya ditarik masuk. Ia agak kebudak-budakan.”
Pada tahun berikutnya, Kareena membalas komen Bipasha dan mendakwa Bipasha popular kerana pergaduhan mereka mengenai pereka pakaian. Dia juga menolak dakwaan Bipasha mengenai nama kononnya dia memanggilnya, mengatakan itu hanyalah khalayan aktres itu.
Apa pendapat kamu?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.