Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Latihan Dengan Mas Idayu Buat Saya Berpeluh Ketiak”-Ning Baizura Akui Mas Idayu Garang

by Puteri Alia
January 24, 2025
Share on Facebook

Siapa sangka, penyanyi elegan yang terkenal dengan lagu-lagu balada seperti Awan Yang Terpilu ini, bakal ‘menggoyang’ pentas dengan lagu dangdut pada suku akhir Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) nanti?

Ya, Ning Baizura yang berusia 49 tahun ini bakal mendendangkan lagu Senggol Senggolan, Cubit Cubitan milik ratu dangdut, Mas Idayu, dan dia sendiri mengakui cabaran yang besar menanti di hadapan. Tapi jangan risau, sebab Ning tidak sendirian, dia mendapat tunjuk ajar dari Mummy Mas Idayu sendiri!

Bukan calang-calang guru, Mas Idayu yang sudah terbukti kehebatan dalam dunia dangdut itu banyak memberikan ilmu kepada Ning. Bayangkan, Ning yang selama ini terkenal dengan genre yang lebih mellow dan penuh perasaan, kini kena ‘switch’ kepada dangdut yang penuh dengan lenggok dan rentak bertenaga. Tapi apa yang Ning rasakan selepas mendapat tunjuk ajar dari Mas Idayu?

“Alhamdulillah, bila dapat belajar daripada penyanyi asal memang meremang ya, terima kasih mummy sudi ajar saya seikhlas-ikhlasnya,” kata Ning dalam siaran TikToknya. Wah, ada aura ‘Mummy’ Mas Idayu yang betul-betul membantu!

Minggu ini, bukan sahaja Ning berhadapan dengan cabaran besar dalam menyesuaikan diri dengan genre dangdut, malah dia juga perlu menampilkan gaya dan lenggok yang betul. “Lenggok dangdut tidak mudah, insya-Allah akan bawa aura lagu ini bersama dengan ilmu mummy,” tambah Ning.

Aduh, makin tak sabar nak lihat Ning ‘mendangdut’ di atas pentas! Kalau Ning yang biasa dengan balada dan R&B sudah cakap begitu, bayangkan betapa bersungguh-sungguhnya dia berlatih.

Menurut Ning, pengalaman berlatih dengan Mas Idayu sangat mendebarkan. “Latihan yang paling kuat buat kita berpeluh satu badan, peluh ketiak pun,” katanya sambil ketawa. Wah, siap peluh ketiak semua, ini baru latihan betul-betul! Walaupun begitu, Ning tetap tenang dan berjanji untuk menyuntik gayanya sendiri ke dalam lagu dangdut itu.

“Saya akan relaks dan tenang, cuba untuk stailkan dangdut dengan gedik saya sendiri. Tak mengapa, saya suka cabaran. Doakan ya semua,” ujarnya. Aduh, gedik dengan dangdut, siapa boleh lawan!

Tak ketinggalan, Ning juga menyifatkan Mas Idayu sebagai seorang guru yang tegas tetapi tetap memiliki sisi lembut. “Mummy seorang yang sangat baik hati, tegas dan berdisiplin, inspirasi kita ya,” kata Ning.

Meskipun tegas, kata Ning, Mas Idayu tetap memberikan semangat dan tunjuk ajar yang berguna. “Terima kasih sudi luangkan masa, tenaga, duit minyak, ilmu dan datang rumah yang tak seberapa ini,” tambahnya. Siap sebut pasal duit minyak, haha! Memang penuh dengan rasa terima kasih Ning pada Mummy.

Jadi, minggu ini, selain Ning, ada lagi enam peserta lain yang akan berlawan untuk merebut tempat ke separuh akhir. Dengan tema rock & dangdut, siapakah yang akan tampil sebagai pemenang?

Yang pasti, semua mata tertumpu pada Ning Baizura yang kini bukan sahaja bersedia untuk menggoncang dunia dangdut, tetapi juga memberikan kita semua satu persembahan yang penuh dengan semangat dan, mungkin juga, sedikit ‘gedik’! Doakan yang terbaik, Ning!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
mas idayuning baizura
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Steps
Filem

Bukan Kisah Dongeng Biasa, ‘Steps’ Tampil Dengan Twist Mengejutkan!

by Nurul A.
October 16, 2026

Netflix telah mendedahkan treler untuk filem 'Steps', sebuah komedi fantasi yang membayangkan semula kisah Cinderella dari perspektif adik-beradik tirinya yang...

Read moreDetails
PAI Anisha Rosnah
Spotlight

Penampilan PAI Anisha Rosnah Bertudung Curi Perhatian

by Nurul A.
November 9, 2026

Pengiran Muda Abdul Mateen dan isterinya Pengiran Anak Isteri (PAI) Anisha Rosnah telah mencuri perhatian semasa menghadiri ulang tahun ke-80...

Read moreDetails
will hyde, blvckheart
Spotlight

will hyde & BLVCKHEART Lancar Single Kolaborasi “love 4 granted”

by Nurul A.
September 29, 2026

Artis indie-pop dan R&B Australia, will hyde, kembali dengan single terbaharunya, ‘love 4 granted’, sebuah lagu kolaborasi bersama artis hip-hop Thailand,...

Read moreDetails
Spotlight

Iman Fandi Lancar EP Afterglow, Kisah Belajar Melepaskan Demi Bahagia

by Phic ARMAN
October 16, 2026

Dalam hidup, ada masanya kita perlu melepaskan sesuatu yang disayangi demi kebahagiaan sendiri. Bukan mudah, tetapi itulah antara mesej yang...

Read moreDetails
Spotlight

Awie Masuk Dunia Reggae? Kolaborasi Dengan Sasi The Don Cetus Kelainan

by Phic ARMAN
November 19, 2026

Dunia muzik tempatan bakal menyaksikan satu kolaborasi menarik apabila penyanyi reggae dan dancehall terkenal, Sasi The Don, bergabung dengan ikon...

Read moreDetails
Dead-End Job
Spotlight

Drama Netflix “Dead-End Job”, Berbaloi Untuk Strim Atau Skip?

by Nurul A.
November 3, 2026

Mencari pekerjaan yang bergaji lumayan sememangnya sukar. Bayangkan bil terus menimbun dan hutang semakin 'membukit', ia boleh membuatkan kamu rasa...

Read moreDetails
Thailand
Spotlight

Luar Biasa! Ratu Thailand Jadi Ratu Pertama Di Dunia Terbangkan Jet Pejuang

by Nurul A.
November 5, 2026

Sememangnya tak dijangka dan sangat luar biasa! Ratu Suthida, Ratu Thailand telah mencipta sejarah sebagai ratu pertama di dunia, yang...

Read moreDetails
Spotlight

Nora Danish ‘Naik Angin’ Kenyataan Disunting Kaitkan Pemandu Lori – “Itu Fitnah Sama Sekali”

by Phic ARMAN
October 20, 2026

Pelakon Nora Danish tampil menjelaskan isu kenyataannya mengenai pemandu lori yang tular di media sosial selepas terdapat pihak tidak bertanggungjawab...

Read moreDetails
Doktor Aidil derma organ
Spotlight

Doktor Sebak Dalam Dewan Bedah, Buah Pinggang & Hati Aidil Milik 3 Individu

by Nurul A.
November 20, 2026

Pemergian Allahyarham Muhammad Aidil Ahmad Zupardi, 23 tahun, bukan sahaja meninggalkan kesedihan buat keluarga, malah menjadi permulaan harapan baharu buat...

Read moreDetails
Spotlight

“All Is Well, Alhamdulillah” – Aina Abdul Kekal Positif, Anwar Titip Ucapan

by Phic ARMAN
November 15, 2026

Kejayaan penyanyi bersuara lantang, Aina Abdul meraih tempat keempat dalam Eurovision Song Contest Asia 2026 nyata membanggakan rakyat Malaysia. Malah,...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  2. 2

    Penulis Novel ‘Suamiku Anak Mak’ Luah Rasa Kecewa,- “Dulu Pernah Kena Hina Penulis Sampah”

  3. 3

    Cantiknya Kalian! 6 Selebriti Ini Umum Sudah Berhijab

  4. 4

    [VIDEO] Betul Ke Tentang Dajjal? Ini Fakta Lagu Welcome to the Black Parade Nyanyian MCR

  5. 5

    Doktor Sebak Dalam Dewan Bedah, Buah Pinggang & Hati Aidil Milik 3 Individu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara