Siapa yang tidak mengenali dengan pelakon dan penyanyi cantik satu ini, iaitu Bella Astillah atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah.
Memulakan kerjayanya sebagai penyanyi semasa masih kecil bersama-sama adiknya Didi Astillah yang dikenali sebagai Anak-anak mutiara. Mereka berdua kini meneruskan kerjaya dalam industri seni tanah air dalam bidang lakonan.
Penyanyi kelahiran Sandakan Sabah ini telah dikurniakan 2 orang cahaya mata dengan perkahwinan terdahulu bersama bekas suaminya iaitu Aliff Aziz.
“Kawan Dia Mesti Tahu Punya Kan, Pecah Rahsia Hahaha”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @puterixykxp6 yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 111 ribu, tanda suka sebanyak 3,217 dan sebanyak 64 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Bella Astillah bersama rakannya dan kemudian dia disakat oleh rakannya mengenai kehidupan cintanya yang terkini.
@puterxykxp6
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa rakannya pasti tahu sesuatu kerana menyakatnya sebegitu. Tambah mereka lagi, jika sudah jodoh takkan kemana dan pasti ramai yang merestuinya.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.