Pelakon senior Bollywood, Rekha pernah mengejutkan orang ramai dengan kisah hubungan sulitnya dengan pelakon Amitabh Bachchan. Disebabkan oleh isu tersebut, dia dilabel sebagai perosak rumah tangga.
Di sebalik isu hubungan sulitnya dengan Amitabh, Rekha pernah dijuluki gelaran salah seorang pelakon India yang gila seks.
Dia juga secara terbuka mengakui bahawa dia telah melakukan banyak hubungan intim sebelum berkahwin. Menurutnya, tindakan itu adalah perkara biasa tetapi ramai yang bersikap hipokrit dan memandangnya sebagai pesalah.
Kalau kamu nak tahu, melakukan hubungan intim sebelum berkahwin pada tahun 1980-an adalah satu pantang larang kepada mereka yang bujang.
“Anda tak boleh berkawan dengan seorang lelaki tanpa melakukan hubungan seksual dengannya. Saya bernasib baik, setakat ini saya tidak pernah mengandung. Seks sebelum kahwin adalah normal. Dan mereka yang mengatakan bahawa wanita yang belum berkahwin tidak boleh lakukan hubungan seksual aadalah mengarut!”
Rekha mengeluarkan kenyataan ini dalam bukunya yang bertajuk ‘The Untold Story’. Buku itu turut menceritakan pergaduhannya dengan ibu mentua yang tidak dapat menerima masa lalunya serta bagaimana Rekha menjadi gila seks.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.