Kumpulan K-Pop yang sedang popular, KISS OF LIFE, akan membawa jelajah dunia pertama mereka yang sangat dinanti-nantikan ke Malaysia! Tandakan kalendar anda pada 13 April 2025, jam 5 petang, untuk menyaksikan konsert KISS OF LIFE 1ST WORLD TOUR [KISS ROAD] di Mega Star Arena KL. Konsert ini, yang dibawakan oleh TopGallant Show, dijanjikan penuh dengan muzik, persembahan hebat, dan interaksi yang pastinya akan menjadi malam yang tidak terlupakan.
KISS OF LIFE terdiri daripada empat ahli iaitu Belle, Natty, Julie, dan Haneul. Sejak debut mereka pada 2023, mereka telah berjaya menarik perhatian peminat di seluruh dunia. Nama KISS OF LIFE sendiri melambangkan misi mereka untuk membawa kehidupan baharu kepada industri muzik dengan konsep yang segar dan penuh dengan seni asli. Lagu-lagu mereka yang catchy dan persembahan pentas yang memukau telah menjadikan mereka fenomena global dalam industri muzik K-Pop.
Populariti KISS OF LIFE semakin melonjak selepas lagu mereka, “Sticky,” mendapat perhatian besar dari peminat di seluruh dunia. Lagu ini berjaya menduduki carta iTunes di pelbagai negara, berada dalam Top 10 Billboard World Digital Song Sales Chart, dan mencapai No. 87 dalam Billboard 200 – satu pencapaian yang amat luar biasa untuk sebuah kumpulan K-Pop. Gaya mereka yang unik, dengan inspirasi kehidupan remaja dan dewasa, telah menjadikan mereka semakin kukuh di pentas muzik global.
Setelah mengadakan jelajah yang berjaya dengan 35 persembahan di Korea Selatan, Amerika Utara, dan Eropah, KISS OF LIFE kini bersedia untuk menghiburkan peminat-peminat mereka di Asia menerusi KISS ROAD 2025. Peminat mereka di Malaysia, yang dikenali sebagai KISSY, pastinya akan teruja dengan persembahan yang memukau, visual yang menakjubkan, dan peluang untuk berinteraksi secara langsung dengan kumpulan ini.
Tiket untuk konsert ini akan mula dijual pada 15 Februari 2025, jam 11 pagi melalui ticketingtix.com, ctrip.com, dan trip.com. Harga tiket bermula dari RM338 hingga RM798, bergantung pada kategori. Setiap pembelian tiket turut memberikan faedah eksklusif, termasuk photocard, akses ke Goodbye Session, dan peluang untuk bergambar dengan kumpulan serta cabutan poster bertandatangan. Barangan eksklusif juga boleh dibeli secara dalam talian atau di lokasi konsert. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman KISS OF LIFE yang luar biasa ini!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.