Rekha pernah gegearkan dunia Bollywood kerana skandal hubungan sulitnya dengan Amitabh Bachchan. Bukan itu sahaja, dia juga pernah mengaku dirinya sebagai ‘gila seks’ sehingga menjadikan lokasi penggambaran sebagai tempat untuk melampiaskan nafsunya.
Kejadian ini dibuktikan apabila dia menjalani penggambaran filem ‘Khiladiyon Ka Khiladi’ bersama Akshay Kumar yang ditayangkan pada tahun 1996.
Dalam filem itu, Akshay yang muda 13 tahun daripada Rekha, dikehendaki melakukan adegan seks berkali-kali semasa penggambaran.
Dari bilik tidur hingga ke kolam renang, adegan panas ini telah berjaya mencuri perhatian ramai. Tetapi siapa sangka selepas berkali-kali adegan ini, Rekha hilang kawalan diri.
Dia dikatakan terbawa-bawa nafsu dan terlalu intim dalam adegan tersebut. Sampaikan Rekha menggaru belakang Akshay sehingga ia menyakitkan.
Walaupun tidak menunjukkan sebarang kesakitan dan kekal profesional, selepas adegan tersebut dia mengakui telah mengalami kesakitan melampau kerana Rekha.
Di sebalik kontroversi adegan ini, filem itu adalah kejayaan box office dan berjaya mengaut keuntungan yang besar.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.