Anak bongsu kepada pasangan Ayu Raudhah dan Zaquan Adha telah pergi mengadap Illahi pada usia tujuh bulan, petang semalam.
Khabar duka itu dikongsi sendiri oleh suami Ayu yang juga bekas pemain bola sepak kebangsaan menerusi hantaran di Insta Stories.
Dalam pada itu, kakak kepada Ayu yang juga pelakon, iaitu Rozita Che Wan menggambarkan tiada perkataaan yang dapat menggambarkan perasaan mereka pada saat duka itu.
“Hidup jauh lebih singkat dari yang kita bayangkan. Tiada perkataan yang mampu menggambarkan perasaan saat ini.”-kapsyen Rozita Che Wan di TikTok
@rozitachewan1 Hidup jauh lebih singkat dari yang kita bayangkan…. Tiada perkataan yg mampu menggambarkan perasaan saat ini 😢😢😢😢😢 . #rapuh 11/2/25 #babyraees #cheta #rozitachewan #rcw #kaftancheta
“Ibu-Ibu Yang Kehilangan Anak Je Tahu Sedihnya Macam Mana…”
Di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan takziah buat Ayu Raudhah, malah ramai yang turut berduka dengan pemergian anak bongsu isteri pemain bola sepak ini yang difahamkan meninggal dunia dalam tidur.
“Salam takziah buat Zaquan dan Ayu. Harap mereka sentiasa kuat. Pernah lalui saat ini terlalu sakit. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.”
“Walaupun dia dah ada anak ramai tapi percayalah kejadian ini trauma bagi dia sebab kali pertama jadi. Semoga Allah berikan semangat dan ketenangan kepada mereka. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.”
“Ibu-ibu yang kehilangan anak je tahu sedihnya macam mana. Balik rumah tengok baju anak, tempat tidur anak, gambar-gambar anak 😭.”
“Semoga Ayu Raudhah sekeluarga tanah menghadapi ujian ini.”
Jenazah bayi kepada Ayu dan Zaquan Adha yang bernama Muhammad Aisy Al Rees juga telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Makam Tuan Haji Said, Seremban, Negeri Sembilan, pagi tadi.
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah…
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.