Nurshahila binti Amir Amzah atau lebih dikenali sebagai Shila Amzah, merupakan seorang penyanyi yang berbakat besar serta telah memenangi pelbagai award di dalam dan di luar negara.
Mempunyai peminat yang ramai dari negara China setelah memenangi satu pertandingan nyanyian di sana pada 2012. Dengan membawa pulang wang berjumlah hampir RM2.5 juta dengan kontrak di sana selama 6 tahun. Selepas tamat kontraknya, Shila kembali ke Malaysia bagi melebarkan lagi sayapnya dalam industri muzik tanah air.
Shila amzah kini aktif di laman sosial miliknya terutamanya di intagram dan tiktok bagi berkongsikan kehidupan sehariannya bersama suami serta anaknya.
“Dari Sudut Lain Selain Kutu Tu, Kami Happy Sebab Seth Dah Banyak Cakap”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @ubaihani yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 2.4 juta, tanda suka sebanyak 170 ribu dan sebanyak 3,053 komen.
Di dalam video tersebut, memaparkan Ubai dan Shila Amzah yang memberitahu bahawa anaknya mempunyai kutu selepas pulang dari sekolah dan berkemungkinan besar kutu tersebut diperolehi dari pelajar di sana.
@ubaihani Satu rumah kena pest control kepala #fypシ #tiktokmalaysia
♬ Comedy Scenes – Comical, stupid, odd, lovely (Drumless)(1441321) – Ponetto
Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa ini pertama kali melihat orang yang seronok apabila memperolehi kutu. Tambah mereka lagi, mereka gemar melihat gelagat Seth yang sekarang kerana petah berkata-kata dan kelihatan sangat ramah.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.