Anggota kumpulan 2NE1, Dara, menerima kecaman ramai selepas muncul semula klip video mengenainya yang menjalinkan hubungan dengan lelaki bawah umur.
Dara atau nama sebenarnya Sandara Park, dilaporkan telah menjalinkan hubungan dengan lelaki berusia 14 tahun dan telah menipu usia sebenarnya.

Dalam video tersebut, Dara mendedahkan bahawa sebelum dia debut, seorang lelaki berusia 14 tahun telah meminta nombornya. Disebabkan dia merasakan lelaki itu comel, dia memberikannya.

Dara kemudiannya memberitahu usia lelaki tersebut adalah 14 tahun, dan dia terpaksa menipu dan memberitahu usianya adalah 16 tahun walaupun ketika itu Dara sebenarnya berusia 19 tahun.
“Saya seperti, “Saya 16 tahun”.

Dia kemudiannya memberitahu sebab mereka berhenti menghubungi antara satu sama lain adalah kerana Dara telah memulakan kerjayanya. Ketika itu, dia terpaksa mendedahkan dia berusia 19 tahun.
Melihatkan video tersebut, ramai yang berkongsi kejutan dan kemarahan mereka terhadap Dara. Ada yang mengatakan sikap Dara itu ke arah ‘child grooming’, di mana Dara bukan sahaja lebih tua tetapi dia sanggup berbohong kepada lelaki itu,
Mungkin ketika itu Dara tidak menyedari situasi tersebut adalah salah, kan?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.