Buat peminat Bollywood, pasti kamu tahu betapa kecohnya industri hiburan apabila Salman Khan dan Shah Rukh Khan (SRK) bergaduh serta tidak bersapa untuk bertahun lamanya.
Sekitar awal tahun 2000-an, hubungan antara mereka ini menjadi sangat teruk. Ini kerana Salman pernah menuduh rakan pelakonnya, SRK telah menggoda Aishwarya Rai, kekasihnya pada ketika itu.

Kerana terlalu cemburu, Salman mengakui dia telah membuatkan Aishwarya dibuang daripada produksi filem ‘Chalte Chalte’ yang membawakan SRK sebagai hero filem tersebut. Watak yang dipegang Aishwarya itu kemudiannya digantikan dengan Rani Mukerji.

Bagaimanapun, SRK pula telah membuat kenyataan berbeza dalam wawancaranya bersama Rediff. Semasa wawancara itu, dia mengaku tidak pernah memilih Aishwarya untuk memegang watak heroin filem ‘Chalte Chalte’.
“Rani Mukerji adalah pilihan pertama kami untuk filem itu. Tetapi produksi tertangguh dan Rani sangat sibuk dengan projek lain. Apabila jadualnya kosong, kami segera menariknya masuk.”

Manakala menurut Aishwarya pula, sikap cemburu Salman telah menjadi punca utama dia memutuskan hubungan mereka. Bukan itu sahaja, beberapa tahun lepas Aishwarya juga ada bercakap secara terbuka, mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku dalam hubungan mereka.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.