Sehingga ke hari ini, khabar angin mengenai hubungan sulit antara Amitabh Bachchan dan Rekha masih lagi diperkatakan. Walaupun Amitabh sentiasa menafikannya, Rekha pula sering memberi petunjuk dan menjadikan ia sebuah cerita yang ramai boleh percaya.
Dan untuk pengetahuan kamu, ‘Silsila’ adalah filem terakhir di mana Rekha dan Amitabh bekerja bersama. Menurut beberapa sumber, Jaya Bachchan telah melarang suaminya daripada bekerja dengan Rekha.
![](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/02/6.jpeg)
Dalam sebuah temu bual lama, Jaya pernah menangani khabar angin bahawa dia adalah punca Amitabh dan Rekha tidak lagi bekerja bersama dalam mana-mana filem. Jaya melabelkan Amitabh dan Rekha sebagai pasangan skrin yang sensasi dan mendedahkan kedua-duanya menyedari mereka akan melampaui batas jika bekerja bersama.
![](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/02/7-7.jpg)
“Kenapa saya perlu kisah? Tetapi saya rasa ia akan menjadi lebih sensasi daripada kerja sebenar. Dan itu sayang kerana seseorang akan terlepas peluang untuk melihat mereka bersama. Kedua-duanya mungkin sedar ia akan melampau kerja.”
![](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/02/8-6.jpg)
Dalam temu bual yang sama, Jaya turut bercakap mengenai khabar angin hubungan sulit suaminya dan Rekha. Sebagai isteri, dia menyatakan hidupnya akan berubah menjadi “neraka” jika dia mengambil serius akan hal itu.
“Kalau ada, dia (Amitabh) pasti berada di tempat lain kan? Orang ramai menyukai mereka sebagai pasangan skrin, tetapi media cuba mengaitkannya dengan setiap heroinnya. Hidup saya akan jadi neraka jika saya mengambil semua ini dengan serius!”
Apa pendapat kamu?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.