Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin atau lebih dikenali dengan nama Daiyan Trisha, merupakan seorang yang berbakat besar dalam industri seni tanah air. Dia juga merupakan seorang pelakon, penyanyi, pencipta lagu, penulis buku dan model serta pengacara di Malaysia. Drama terdahuunya yang memberi kesan hebat buat rakyat Malaysia adalah drama projek: High council.
Daiyan Trisha kini kelihatan sibuk berkunjung ke pelbagai negara bagi menghadiri pertunjukkan fesyen yang diadakan. Ada juga beebrapa tempat pertunjukkan fesyen yang menghimpunkan artis-artis ternama dari negara masing-masing seperti IU dari Korea Selatan dan lain-lain.
“Yang Bagusnya Dia Banyak Tulis Pasal Diri Dia, Kalau Kita Ni Banyak Tulis Pasal Crush Hahaha”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Daiyan Trisha yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 487 ribu, tanda suka sebanyak 46 ribu dan sebanyak 480 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparka Daiyan Trisha yang membaca kesemua buku diari yang ditulis olehnya semasa zaman sekolah menengah dahulu.
@daiyantrisha22 Replying to @Mhiiya ♾️ warning: this whole video is cringe to the max. budakkecik_sukelolly signing out 😗🍭
Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa mereka juga pernah mempunyai buku tersebut pada zaman sekolah kerana ianya sangat popular ketika itu.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.