Siapa yang tidak kenal dengan Nadia Amira Othman atau lebih dikenali sebagai Amira Othman yang merupakan seorang penyanyi, pengacara televisyen dan pelakon wanita di Malaysia.
Amira Othman memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian, selepas menyertai satu program nyanyian popular pada tahun 2013 iaitu Akademi Fantasia musim ke-10 dan sekaligus mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Kemudian Amira Othman banyak berkecimpung di dalam dunia lakonan sehinggakan setiap drama lakonannya menjadi pilihan ramai.
Selain dirinya, dua adik lelakinya juga turut menceburi bidang nyanyian iaitu Irfan Haris dan Haikal Iskandar. Irfan Haris juga lebih dikenali ramai selepas dia menyertai pertandingan nyanyian Big Stage dan mendapat tempat keempat.
“Kak Long Layan Jer Apa Yang Peminat Minta, Bagus Betul”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @im_yourgirl06 yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 177 ribu, tanda suka sebanyak 7,796 dan sebanyak 149 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Amira Othman yang menyanyikan lagu daripada Nadeera Zaini yang berjudul Bukan Lagi Kita menggunakan versinya tersendiri.
@im_yourgirl06 #fattahamin #amiraothman #irfanharis #nadeera #bukanlagikita #curangtanpaniat #ajl #rissaskin #wanitaterakhir #doayangbaikbaik #fyp #jakel #mendonia #fyppppppppppppppppppppppp #foryou #foryoupage #2025 #kaklongabglong #famiracle #amiracleforfattah #capcut #CapCut
Rata-rata netizen teruja melihat video berkenaan. Mereka juga mengatakan bahawa Amira Othman adalah contoh wanita yang baik kerana walaupun dari keluarga yang berada namun tetap tidak sombong.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.