Kalau bercakap soal kisah percintaan antara Shah Rukh Khan (SRK) dan Gauri Khan, ramai yang tahu mereka berdua telah melalui liku-liku masalah hidup untuk bersatu termasuklah masalah kelainan agama.
Tetapi tiada siapa sangka bahawa SRK sanggup untuk menukar agamanya, hanya kerana dia mahu berkahwin dan direstui oleh keluarga Gauri.
Untuk makluman kamu, kedua-dua mereka menganuti agama yang berbeza, di mana SRK menganuti agama Islam dan Gauri pula beragama Hindu. Perbezaan agama mereka ini telah mendapat tentangan ibu bapa Gauri.
Memetik beberapa sumber, SRK baru sahaja memulakan kerjayanya sebagai pelakon ketika mahu berkahwin dengan Gauri. Dia dengan bersungguh-sungguhnya menyakinkan ibu bapa Gauri supaya membenarkan mereka berkahwin.
Dan disebabkan oleh perbezaan agama menjadi penghalang mereka, SRK mengambil langkah drastik dengan menukar namanya kepada nama-nama Hindu supaya ibu bapa Gauri mempercayai dia beragama Hindu.
“Kami cuba menukar namanya kepada “Abhinav” supaya mereka merasakan dia seorang budak Hindu tetapi itu sangat tidak masuk akal dan sangat kebudak-budakan”, kongsi Gauri.
Bagaimanapun, SRK dilaporkan hanya menukar namanya sahaja menjadi seorang Hindu dan bukan agamanya. Malangnya tindakan itu tidak menyakinkan ibu bapa Gauri tetapi akhirnya mereka merestui hubungan Gauri dan SRK.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.