Walaupun Rani Mukerji sering terpalit dalam pelbagai kontroversi, termasuklah pergaduhan dengan selebriti lain dan juga skandal percintaan; Murai yakin segelintir daripada kamu pasti ada yang tak tahu tentang perang dingin yang terjadi di antara Rani dan Jaya Bachchan.
Semuanya dikatakan bermula apabila Rani pernah menjalinkan hubungan dengan anak Jaya, iaitu Amitabh Bachchan. Dan menurut beberapa sumber, Jaya sepertinya tidak berpuas hati dengan hubungan mereka dan menghalang sekerasnya mereka berkahwin.

Jaya dilaporkan memperlekehkan Rani kerana dia merasakan pelakon itu terlalu angkuh, tak tahu malu, banyak cakap dan lantang, serta meminta Amitabh untuk menjauhi Rani. Khabarnya, Abhishek memenuhi permintaan ibunya dan berpisah dengan Rani, sebelum dia berkahwin dengan Aishwarya Rai.

Kemudian perang dingin ini berlanjutan apabila berlakunya ‘pergaduhan’ antara Rani dan Jaya di set filem ‘Lagaa Chunari Mein Daag’. Di set filem itu, Jaya telah membentuk kumpulan dengan Konkona Sen Sharma, manakala Rani dibiarkan sendirian.
“Di tengah-tengah penggambaran, Jaya dan Konkona duduk berasingan daripada Rani. Ketika itu Jaya bertanya pada Konkona sama ada dia boleh meminjamkan ketawanya kepada Jaya selama sehari. Yang mana Konkona membalasnya dengan ketawa besar. Ia membuatkan Rani marah dan sejak itu banyak ketegangan dirasai di set apabila mereka ada.”
Sejak dari itu, Jaya dikatakan terus mencuba menyakitkan hati Rani dan hubungan mereka didakwa tidak pernah baik.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.