Siapa yang tidak kenal dengan Nadia Amira Othman atau lebih dikenali sebagai Amira Othman yang merupakan seorang penyanyi, pengacara televisyen dan pelakon wanita di Malaysia.
Amira Othman memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian, selepas menyertai satu program nyanyian popular pada tahun 2013 iaitu Akademi Fantasia musim ke-10 dan sekaligus mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Kemudian Amira Othman banyak berkecimpung di dalam dunia lakonan sehinggakan setiap drama lakonannya menjadi pilihan ramai.
Selain dirinya, dua adik lelakinya juga turut menceburi bidang nyanyian iaitu Irfan Haris dan Haikal Iskandar. Irfan Haris juga lebih dikenali ramai selepas dia menyertai pertandingan nyanyian Big Stage dan mendapat tempat keempat.
“Pakai Baju Sedondon, Kejap Lagi Saya Post Gambar Diorang”-Betty Rahmad
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @im_yourgirl06 yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 154 ribu, tanda suka sebanyak 5,755 dan sebanyak 213 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Betty Rahmad yang memberitahu bahawa Amira Othman dan ibu Fattah Amin memakai warna baju yang sedondon sedang tetamu lain memakai baju warna berbeza.
@im_yourgirl06 Mungkin ni yang Kak Long nak balas pada komen Abg Long haritu 💙💙💙💙💙 Sedondon dgn bakal mak mertua 💙✨ Dah boleh tido lena ye semua malam ni 🤭💙✨ #amiraothman #fattahamin #ibuazizah💓 #bettyrahmad #amiraforfattah #wanitaterakhir #doayangbaikbaik #fyp #jakel #mendonia #fyppppppppppppppppppppppp #foryou #foryoupage #2025 #kaklongabglong
@im_yourgirl06 InsyaAllah. Bila kita dikelilingi dengan orang yang baik belaka , kita pun akan menjadi lebih baik 💙✨ #amiraothman #fattahamin #ibuazizah💓 #bettyrahmad #amiraforfattah #wanitaterakhir #doayangbaikbaik #fyp #jakel #mendonia #fyppppppppppppppppppppppp #foryou #foryoupage #2025 #kaklongabglong #capcut #CapCut
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa jikalau benar berjodohan mereka pasti akan mendoakan yang terbaik buat kedua selebriti itu.
Apa-apa pun, smeoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.