Penyanyi tersohor dan Biduanita negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!
Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.
“Afwa Tak Nyanyi Mesti Dah Penat Main Kat Tepi Pantai Tu Hahaha”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @rosmadiothman yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 44 ribu, tanda suka sebanyak 1,021 dan sebanyak 31 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti bersama keluarganya yang makan malam di tepi pantai sempena menyambut ulang tahun kelahiran suami tercintanya itu.
@rosmadiothman ALLAH selamatkan ayah…best nya tengok moment2 macam ni.. #sitinurhaliza #fyp #viral #trending #foryou #foryoupage #fyppppppppppppppppppppppp
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Tokti sangat beruntung kerana mempunyai keluarga yang sangat menyokong satu sama lain dan harmoni.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.