Selain menjadi daripada pembuat filem yang hebat, Karan Johar juga seorang pengacara yang hebat. Dari segi kehidupan peribadinya pula, Karan belum lagi berkahwin dan dia adalah bapa tunggal kepada dua anaknya, Roohi Johar dan Yash Johar.
Karan sentiasa bersikap terbuka mengenai oriental seksual serta hal peribadinya yang lain. Dan dalam salah satu temu bualnya, dia mendedahkan nama seorang aktres yang dipilihnya untuk menjadi pasangan hidup.
Ketika ditemu bual dalam rancangan ‘Feet Up With The Stars’, Karan ditanya mengenai pasangan yang dia mahukan. Tanpa berfikir panjang, Karan menjawab dia akan memilih rakan baiknya, Kareena Kapoor sebagai pasangan.
“Kareena. Dia menyeronokkan, hebat, menghiburkan dan segala-galanya yang saya cari dalam pasangan hidup.”
Walau bagaimanapun, hubungan baik Karan dan Kareena tidak bertahan lama apabila kedua-duanya dilaporkan sedang perang dingin. Ini kerana Kareena telah meminta bayaran terlalu banyak, amaun yang sama seperti Shah Rukh Khan, apabila Karan menawarkannya watak dalam filem ‘Kal Ho Naa Ho’.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.