Penyanyi tersohor dan Biduanita negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!
Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.
“Bersinar Sinar Mata Tokti Dapat Bunga Dari Suami Kesayangannya Itu”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik TyaArifin yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 223 ribu, tanda suka sebanyak 8,608 dan sebanyak 149 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti yangmenyanyikan lagu sama semasa majlis perkahwinannya itu dan kemudian suaminya memberikan bunga sebagai tanda penghargaan.
@tyaarifinnw Cahaya cinta versi live sempena bday ayah ikhlas dari mak iti @Siti Nurhaliza 🥹 . Jom tengok full video vlog di YTC The Tya’s Family now😍🥹 . #tyaarifin #vlog #minivlog #sitinurhaliza #cahayacinta
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Datuk K dan Tokti sangat sweet dan serasi. Tambah mereka lagi, mereka mendoakan agar Tokti dan keluarganya bahagia sentiasa.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.